Saturday, December 26, 2009

Pesan Imam Syafie'

Ketinggian nilai bahasa dalam sesebuah bangsa ataupun peradaban sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Sehinggakan ada beberapa pepatah yang menyebut dan menggambarkan nilai ketinggian bahasa.

Antaranya pepatah Arab yang berbunyi ;

"اللّغة هي الحياة"
"Bahasa itu kehidupan"

Bangsa Arab sejak dari dahulu terkenal dengan ketinggian nilai bahasa Arabnya.
Ini dipamerkan melalui pelbagai syair-syair terkenal. Syair cinta, syair penaik semangat, syair-syair pujian dan pelbagai lagi jenis syair yang mampu menjadikan pendengar yang memahaminya diam kaku.

Namun segala jenis syair itu dapat dipatahkan dengan ketinggian bahasa Al-Quran itu sendiri. Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry yang lepas, tentang cabaran Allah kepada bangsa Arab, untuk mendatangkan contoh ketinggian nilai bahasa seperti ayat-ayat Al-Quran.

Namun, kali ini saya tidak berniat untuk menceritakan perihal ketinggian
bahasa Al-Quran, tetapi tentang perihal syair-syair Arab.

Syair Nasihat Imam As-Syafie'

Kelmarin, semasa kelas Aqidah Islamiyyah 1, sebelum sesi pelajaran bermula,
Dr. Ali Fawwaz ada bertanyakan kepada kami pelajar-pelajar Melayu, adakah di antara kami yang menghafal syair-syair Arab. Seperti biasa, seluruh kelas diam kaku. Sedangkan syair-syair Melayu pun tak pernah terlintas dibenak hati untuk dihafal, inikan pula syair-syair Arab.

Lalu, setelah Dr. Ali Fawwaz bertanyakan dari seorang ke seorang, akhirnya ada seorang pelajar akhawat memberanikan diri cuba membacakan syair yang dihafalnya. Bunyi syairnya;

أخي لن تنال العلم إلّا بستّة...ذكاء

lalu Dr. Ali Fawwaz dengan muka yang tersenyum riang terus menyambung;

وحرص واجتهاد وغربة وارشاد الأستاذ وطول الزّمان

Maksudnya : Saudaraku, tidaklah dapat direalisasikan ilmu itu melainkan
dengan enam (perkara), kebijaksanaan, hasrat keinginan,
merantau, tunjuk ajar guru, dan (istiqamah) sepanjang masa.


Istimewanya Syair Arab

Pernah suatu ketika, seorang teman berkata kepada saya, bahawa orang Arab lebih diam dan khusyuk apabila mendengar alunan bait-bait syair daripada mendengar alunan bacaan Al-Quran. Sungguh sebegitu sekali.

Namun, apa yang perlu diambil manfaatnya dalam entry kali ini ialah, pesanan Iman Syafie', berkenaan dengan 6 perkara yang perlu ada dalam setiap jiwa penuntut ilmu.

Pesanan yang amat berharga. Seorang penuntut ilmu yang cemerlang, perlu memiliki sikap-sikap diatas. Kebijaksanaan adalah perkara asas dalam diri penuntut ilmu. Bijaksana tak bermakna GENIUS, namun bijaksana bererti bagaimana seorang penuntut ilmu itu mampu merealitikan dan mempraktikalkan ilmu yang diperolehinya.

Ramai orang mampu menghafal berbuku-buku formula dan teori. Namun seramai mana yang mampu menjadikan teori-teori tersebut sebagai amali dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Kemudian, sikap berhasrat dan berkeinginan untuk memperolehi ilmu juga ditekankan oleh Imam Syafie'. Misalnya, tidak mungkin seseorang yang tidak berminat mempelajari subjek matematik tambahan mampu memahaminya. Ini terbukti dengan pelbagai jenis kes pelajar yang tidak berminat sesuatu subjek, namun dengan keterpaksaan, mereka terus menelan kepahitan tersebut. Akhirnya, kegagalan adalah jawapan yang paling sesuai.

Bersungguh-sungguh adalah sifat ketiga yang dipesan oleh Imam Syafie'.
Sesungguhnya, sikap bersungguh-sungguh dan berkerja keras dalam melakukan apa jua perkara adalah tunggak utama dalam melakukan apa juga perkerjaan di dunia ini.

Seterusnya ialah, penuntut ilmu perlulah merantau. Tidak semestinya perlu ke luar negara. Namun cukuplah merantau mencari suasana keilmuan. Tidaklah sesuai bagi seorang pelajar, belajar dalam suasana hiburan. Sebab itulah diwujudkan
sekolah-sekolah dan madrasah yang mempunyai asrama. Tidak lain hanyalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran

Dalam adab menuntut ilmu juga, tidak boleh tidak bagi seorang penuntut ilmu berguru dan mempunyai guru. Guru adalah menunjuk jalan. Membuka kunci-kunci ilmu, dan kemudian pelajar itu sendiri yang perlu meneruskan langkah meneroka alam ilmu itu.
Akibat tidak bergurulah, mampu menjadikan seseorang itu sesat dalam keilmuannya.
Jadilah seperti para Sahabat yang menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai guru dan mursyid mereka. Itulah sikap dan sifat yang kelima dalam mencari ilmu.


Dan yang akhir sekali. Penuntut ilmu perlulah menjadikan keinginan mencari ilmu adalah keinginannya sepanjang masa. Jika ini tidak direalisasikan, pasti dan pasti ia akan disibukkan oleh pelbagai pekerjaan yang lain. Akhirnya menyebabkan
segala-galanya terluput akibat kesibukkan ke atas selain mencari ilmu.

Begitulah, peri pentingnya seperti apa yang dipesankan oleh Imam Syafie'.
Semoga kita sama-sama dapat melakukannya.

Amin.

Ibnu Abdullah,
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan

Thursday, December 24, 2009

Jangan Jadi Manusia Bodoh Sombong

Saya selalu mendengar pepatah Melayu yang tak pernah wujud dalam buku, namun realitinya ada digunakan oleh teman-teman saya. Antaranya ialah,

"Jangan Jadi Bodoh Sombong. Pandai Tak Boleh Di Ikut, Bodoh Tak Boleh Di Ajar"

Mungin sekali dengar, pepatah ini agak keterlaluan. Namun cuba kita cari apa yang tersirat disebalik pepatah ciptaan remaja Melayu moden ini. Sebenarnya ia membawa satu maksud yang amat mendalam. Iaitu jadilah seorang yang mampu menerima teguran. Saya selalu menyematkan dalam hati saya bahawa manusia itu berbeda-beda dalam cara menafsirkan manusia yang lain. Seorang ayah berbeda cara mengasihi anak-anaknya dengan cara seorang ibu.

Teringat saya pada kisah seorang manusia luar biasa yang termaktub namanya didalam Al-Quran, iaitu Luqman Al-Hakim. Ketika mana beliau dan anaknya bersama seekor keldai tunggangan melalui sebuah pasar yang dipenuhi manusia. Pelbagai soalan menerjah akal. Mempersoalkan perlakuan mereka. Sebentar keldai ditunggangi anak, dikatakan anak derhaka. Sebentar sibapa menunggangi keldai sambil si anak menarik tali keldai, diperkatakan si bapa kurang penyanyang. Pabila keldai tidak ditunggangi dikatakan mereka kufur nikmat. Akhirnya pabila kedua-duanya menunggang keldai, mereka dituduh tidak berbelas kasihan terhadap haiwan.

Disatu sudut, perilaku masyarakat mempersoalkan perbuatan Luqman dan anaknya dilihat seperti terlalu mengganggu privasi. Namun dari satu sudut lain, persoalan-persoalan itu adalah menandakan masyarakat ketika itu mengambil berat terhadap masyarakat dan suasana yang berlaku disekeliling.

Manusia Positif

Jika ini berlaku ke atas diri anda, adakah anda akan tertekan?

Adakah anda akan melarikan diri, duduk berpindah ke dalam gua?

Adakah anda akan membunuh diri akibat terlalu 'stress'?

Jawapannya, hadapilah semua itu. Ubahlah setiap tanggapan negatif menjadi positif dengan memandangnya dari sisi yang mendatangkan kebaikkan.

"People concerning on you in many ways."

Jadi sebagai seorang pendakwah, hadapilah itu semua dengan tenang dan percaya diri.
Tenang dalam menerima kritikan. Percaya diri atas apa yang anda lakukan tidak melanggar syariatullah.

Transformasi

Ya, bukan mudah berubah. Bukan mudah merubah. Bukan mudah diubah. Berubah,Merubah,Diubah, dari satu tabiat kepada satu tabiat yang lain adalah satu perkara yang amat sukar.

Namun itu tidak mustahil. Lihat sahaja Saidina Umar Al-Khattab. Seorang pembunuh, kaki botol, ketua samseng arab jahiliyyah. Kebiasaannya adalah perbuatan maksiat. Namun akhirnya menjadi seorang Muslim dan Sahabat yang sangat berakhlak mulia. Sehinggakan Rasulullah pernah bersabda mafhumnya, "Jika ada lagi nabi setelahku, maka Umarlah orangnya."

Transformasi tidak hanya dapat dilakukan dengan azam dan semangat yang membara sahaja. Ia perlulah di ikuti dengan sikap istiqamah. istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan. Tak perlu banyak, biar sedikit namun istiqamah, itu yang paling penting.

Selain itu, penyumbang kepada perubahan diri adalah dengan merubah atau keluar dari suasana lama kepada suasana baru. Contoh paling mudah, apabila seseorang yang banyak bercakap, masuk ke dalam kawasan perpustakaan yang suasananya adalah senyap dan diam, adakah dia akan terus bercakap dengan suara yang kuat dan menjerit-jerti bagai orang gila. Sudah pasti tidak, kalau adapun, dia pasti akan berbisik-bisik.

Begitulah juga diri kita, carilah suasana yang baik dan mampu membawa dan melorongkan diri anda kepada perubahan.

Saya juga cuba berubah. Anda semua bagaimana?

Anda mampu mengubahnya.

Ibnu Abdullah
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan.

Saturday, December 19, 2009

Selamat Menyambut Hijratur Rasul 1431H

Tanpa disedari, waktu rancak berlalu tanpa peduli kepada sesiapapun.
Hari-hari kosong yang berlalu tanpa amal terasa begitu kerugian buat diriku.

Namun apapun..Selamat Menyambut Hijratur Rasul 1431H,
Semoga kita lebih bersemangat dengan penuh keazaman untuk merubah
masa depan menjadi lebih cerah dan terang benderang.

Semalam adalah sejarah,

Hari ini adalah realiti,

dan

Esok adalah harapan yang belum tentu.

Semoga kita memanfaatkan setiap detik untuk Islam agar tidak menyesal di SANA kelak.

وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَآ أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَـلِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ

(12. And if you only could see when the criminals shall hang their heads before their Lord (saying): "Our Lord! We have now seen and heard, so send us back that we will do righteous good deeds. Verily, we now believe with certainty.'') -AsSajdah-

Saturday, December 12, 2009

Al-Quran Itu Mencabar-Mu

Sepanjang sejarah kemunculan agama didalam kehidupan manusia, belum pernah lagi wujudnya sebuah kitab yang mampu bertahan lama tanpa berlakunya sebarang perubahan terhadapnya. Itulah Al-Quran, ia diturunkan 1430 tahun yang lalu dan masih kekal isi kandungannya. Tidak seperti apa yang dilakukan oleh Nasrani terhadap kitab Injilnya, begitu juga oleh Yahudi.

Allah S.W.T telah menjanjikan akan kekalnya isi kandungan Al-Quran dari dirosakkan oleh
tangan-tangan manusia. Ini dikuatkan melalui firman-Nya;

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ - فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ

(21. Nay! This is a Glorious Qur'an,) (22. In Al-Lawh Al-Mahfuz!) ((81 : 21-22))

Begitu sahaja Al-Quran dijanjikan akan keselamatannya. Lihat sahaja buktinya, andai seluruh Al-Quran itu dibakar, masih sahaja ia kekal tersemat di dada-dada para huffaz. Para huffaz yang keberadaannya dijanjikan oleh Allah disyurga kelak. Itu janji-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Al-Quran, Mukjizat Yang Kekal

Segala mukjizat para nabi dan rasul diturunkan dalam bentuk rupa maadiah, iaitu didatangkan yang benar-benar wujud dihadapan mata. Mukjizat-mukjizat itu juga diberikan berdasarkan keadaan & bertepatan dengan kemahiran kaum tersebut. Contohnya, tongkat nabi Musa yang bertukar kepada ular yang besar melawan kemahiran kaumnya yang terdiri dari ahli-ahli sihir yang mahir menukarkan tali kepada ular. Begitu juga nabi Isa, yang bisa menyembuhkan orang yang berpenyakit kembali sihat, seperti mana keadaan kaumnya yang mahir dalam perubatan.

Dan kepada Rasulullah yang tercinta, dikurniakan mukjizatnya berbentuk Al-Quran, kerana kemahiran kaum Quraisy ketika itu yang mahir dalam bidang bahasa. Mereka terdiri dari para penyair yang mahir dalam balaghah dan kefasihan mereka dalam mempertuturkan bahasa Arab. Tidak seperti arab hari ini. Habis binasa bahasa dipertuturkan mereka dalam bahasa dan loghat tempatan.

Namun kemukjizatan Al-Quran bukanlah berbentuk maadiah, tetapi berbentuk maknawi. Ia harus difikir melalui akal, bukan penglihatan semata-mata. Kerana apa di datangkan dalam bentuk maknawi. Sudah tentunya untuk dikekalkan kewujudannya sehingga hari kiamat. Jika ia berbentuk maadiah, sudah pasti ia akan luput akibat kewafatan nabi & rasul yang tersebut. Tiada lagi tongkat nabi Musa hari ini.

Cabaran Allah Melalui Al-Quran

Mukjizat didatangkan supaya menjadi bukti kenabian dan kerasulan para Anbiya' itu sendiri. Bukti agar risalah yang dibawa diterima dikalangan kaum tersebut. Walaubagaimanapun, telah menjadi lumrah seorang dai'e, bukan semua mad'unya mampu menerima sesuatu. Pasti akan ada yang tidak mahu menerima dan menolak dakwah yang diseru.

Begitu jugalah yang berlaku ke atas dakwah Rasulullah S.A.W. Kaumnya menolak mentah-mentah akan seruan dakwah mentauhidkan Allah. Mereka mendakwa Rasulullah sebaga gila, penyair juga seorang ahli sihir.

Lantas, kasih sayang Allah mendahului segala-galanya. Rasulullah dibela oleh Allah S.W.T dari disakiti oleh kaumnya yang mendakwa bahawa Al-Quran hanyalah rekaan yang diada-adakan oleh Rasulullah S.A.W.

Maka Allah S.W.T telah mencabar masyarakat arab yang terdiri dari pakar-pakar bahasa dan penyair-penyair yang hebat. Terdapat 4 ayat cabaran yang diberikan oleh Allah melalui beberapa tingkat cabaran.

Pertamanya dari surah At-Thur ayat 34 ;

فَلْيَأْتُواْ بِحَدِيثٍ مِّثْلِهِ إِن كَانُواْ صَـدِقِينَ

(34. Let them then produce a recitation like unto it if they are truthful.)

Keduanya dari surah Hud, ayat 13 ;

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُواْ بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُواْ مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـدِقِينَ

(13. Or they say, "He forged it.'' Say: "Bring you then ten forged Surahs like unto it, and call whomsoever you can, other than Allah, if you speak the truth!'')

Ketiganya dari surah Yunus ayat 38 ;

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ وَادْعُواْ مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـدِقِينَ

(38. Or do they say: "He has forged it'' Say: "Bring then a Surah like unto it, and call upon whomsoever you can besides Allah, if you are truthful!'')

Dan tingkat yang keempat sebagai cabaran yang terakhir, dari surah Al-Baqarah, ayat 23 ;

وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـدِقِينَ

(23. And if you (Arab pagans, Jews, and Christians) are in doubt concerning that which We have sent down (i.e. the Qur'an) to Our servant (Muhammad ), then produce a Surah (chapter) of the like thereof and call your witnesses (supporters and helpers) besides Allah, if you are truthful).

Ayat-ayat di atas telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama-ulama ulum Al-Quran. Antara kitab yang menjadi rujukan saya bagi entry kali ini ialah kitab Al-Ghidaul Janan Bithamaril Jinan, karangan seorang ulama besar di Jordan, Dr. Fadhl Hasan Abbas, seorang ulama yang buta matanya, namun terang mata hatinya.

Beliau menerangkan dengan panjang lebar akan ayat-ayat cabaran yang diberikan oleh Allah ke atas umat nabi Muhammad S.A.W supaya mendatangkan contoh serupa seperti Al-Quran.

Dalam ayat cabaran yang pertama, Allah S.W.T mencabar agar didatangkan sebuah berita ataupun perkhabaran yang serupa dengan Al-Quran. Namun kaum Quraisy ketika itu tidak mampu melakukan sedemikian. Kemudian Allah S.W.T mencabar lagi, namun dengan mengurangkan beban supaya didatangkan sepuluh surah dan dibenarkan mengajak
pembantu-pembantu selain daripada Allah. Namun Quraisy tetap lemah dan tidak mampu.

Kemudian Allah S.W.T mengurangkan lagi supaya didatangkan hanya sebuah surah dan masih lagi diberi kelonggaran untuk menyeru pembantu-pembantu selain daripada Allah. Begitu juga seperti sebelumnya, ahli-ahli bahasa, para penyair yang terdiri dari kaum Quraisy tetap tidak mampu melawan kehendak Allah S.W.T.

Dan ayat cabaran yang terakhir sekali dari surah Al-Baqarah dibahaskan dengan panjang lebar oleh para ulama, bahasa ayat tersebut lebih tertumpu kepada semua ummat Rasulullah S.A.W sehingga hari kiamat berbanding dengan ayat yang tiga sebelumnya. Ini kerana, konteks seruan dan cabaran didalam ayat yang sebelumnya, lebih tertuju kepada kaum Quraisy dan masyarakat arab amnya.

Dalam konteks ayat yang keempat, ayat tersebut memberitahu bahawa, jika terdapat keraguan dan syak wasangka dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya iaitu Rasulullah, maka datangkanlah sebuah surah yang seumpama dengan Al-Quran dan serulah para pembantu dan saksi-saksi dari kalangan jin dan manusia, iaitu selain Allah jika mereka yang mendakwa kebenaran Al-Quran itu benar-benar dari kalangan orang yang benar.

Kebenaran Al-Quran

Banyak lagi dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah S.A.W sebagai tanda protes dan menolak kebenaran Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.

Contohnya, Al-Quran itu ditulis dan dikarang oleh Nabi Muhammad, Al-Quran merupakan salinan daripada kitab Taurat dan Injil dan pelbagai lagi genre dakwaan dan tuduhan yang melampaui batas. Mana mungkin Al-Quran itu dikarang sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Ini kerana terdapat beberapa ayat yang menegur perbuatan Rasulullah S.A.W atas sikapnya yang kurang tepat. Contohnya ayat 1 & 2 dari surah Abasa yang menegur perbuatan baginda yang berpaling dari seorang buta yang ingin mengetahui tentang Islam, manakala Rasul tetap melayan dan meneruskan dakwah baginda kepada pembesar-pembesar Quraisy ketika itu.

Selain itu, peristiwa hitam yang berlaku ke atas ummahatul mukminin, Saidatina 'Aisyah R.A yang dituduh curang dan melakukan perbuatan terkutuk bersama salah seorang sahabat. Setelah kejadian itu sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W, maka baginda telah mendiamkan diri selama lebih kurang 15 hari. Setelah 15 hari berlalu, barulah diturunkan ayat tentang 'Hadith Al-Ifki', yang berlaku ke atas Saidatina 'Aisyah. Jika perkara ini berlaku ke atas pasangan suami isteri, mana mungkin seorang suami akan berdiam diri dan membiarkan perkara yang berlaku tersebut diperkatakan begitu saja. Paling tidak, sang suami akan membela nasib isteri ataupun terus menceraikan si isteri tersebut.

Namun, apa yang patut diketahui oleh semua Muslimin, semua serangan itu dapat dipatahkan dengan bukti-bukti yang kukuh dan tidak bisa diroboh dengan dakwaan kosong oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya, Al-Quran itu datang dari sisi Allah dan ia mukjizat yang akan kekal selamanya sehingga tiba hari kebangkitan dan hari pembalasan.

Semoga Al-Quran menjadi hujah yang membela kepada kita, bukan hujah ke atas perbuatan kita.

Ibnu Abdullah,
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan

Thursday, December 10, 2009

Mencari Sebuah Teduhan

Menjadi sebahagian daripada fitrah manusia memerlukan sebuah teduhan sebagai tempat berlindung, sama ada dari panas terik mentari, mahupun kesejukan malam yang mengigit tulang-temulang manusia.

Dari sebuah pondok usang, kepada sebuah rumah batu dua tingkat.

Dari sebuah rumah kayu beratap nipah, kepada sebuah rumah banglow berhawa dingin.

Dari sebuah rumah sewa kepada rumah apartment yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Semuanya itu menjadi tempat berteduh, berlindung, tempat tinggal dan tempat paling selamat dari sebarang bahaya bencana yang datang melanda.

Lindungan Yang Tiada Selainnya

Tadi, saya tertarik untuk menyelak lembaran kitab Riyadus Solihin karangan
Imam An-Nawawi Rahimahullah Alaih. Lalu ada sesuatu yang membuatkan saya terasa sebak dan sayu. Hadis berkenaan diletakkan dalamm Bab Menangis Kerana Takutkan Allah , hadis berkenaan seperti yang berikut;

وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم:((سبعا يظلّهم الله في ظلّه يوم لا إلّا ظلّه: إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله تعالى ورجل قلبه معلّق في المساجد
ورجلان تحابّا في الله-إجتمعا عليه وتفرّقا عليه- ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال
فقال:إنّي أخاف الله ورجل تصدّق بصدقة فأخفاها حتّى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه)). متّفق عليه

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda : 7 (macam manusia) yang mendapat lindungan dimana hari yang tiada tempat berlindung melainkan PERLINDUNGAN ALLAH : Imam yang adil, Pemuda yang senantiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya terikat (pada) masjid, 2 orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah - berkumpul dan berpisah keranaNya -, Lelaki yang apabila diseru kepadanya oleh seorang wanita (untuk berbuat maksiat) lalu dia berkata : "Sesungguhnya aku takutkan Allah", dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak diketahui tangan kirinya atas apa yang di infaqkannya, dan lelaki yang bersendiri mengingati Allah lalu basah matanya menangis (kerana takutkan Allah). Muttafaqun Alaih

Apa yang membuatkan saya berhati sayu, timbul dibenak pemikiran saya, tika mana matahari sejengkal jauhnya dari tengkuk, tika mana berdirinya saya nanti dalam lautan peluh manusia, tika mana mampukah saya mendapatkan syafaat, adakah bagi saya sebuah jaminan berupa perlindungan dari semua itu?

Imam yang adil.

Pemuda yang taat beribadah.

Lelaki yang hatinya terikat kepada masjid.

Lelaki yang berkasih-kasih kerana Allah.

Lelaki yang takutkan Allah tika mana digoda syaitan untuk bermaksiat.

Lelaki yang bersedekah secara sembunyi.

Lelaki yang berzikir mengingati Allah lalu basah matanya keraa takutkan Allah.

Sudahkah saya dan anda menjadi sebahagian daripada mereka?

Soalan yang perlu dijawab dengan soalan kembali. Mampukah aku?
Mampukah aku, tika mana diberi amanah aku khianat. Begitu payah menjalankn ibadah, jauh sekali hadir ke masjid, apatah lagi sentiasa mahu berbuat maksiat. Zina mata, zina tangan, zina kaki, zina akal cuma belum lagi berzina dengan seorang wanita.
Ringankah tanganku untuk menghulur dan memberi? Selalukah aku berzikir mengingati Allah, menghitung dosa-dosa yang lalu, kemudian menangis mengharapkan redhanya.

Mampukah Aku? Tepuklah dada, tanyalah IMAN & TAQWA.

Membawa Hati Yang Bersih

"..IMAN itu disini, sambil di isyaratkan oleh Rasulullah ke dadanya.."

Hati yang bersih asas kepada kekuatan iman. Hati itu tempat lahirnya TAQWA.
Kalimah hati telah disebut secara jelas didalam Al-Quran beberapa kali.
Hati yang didalam bahasa arab disebut sebagai قلب -Qalbun-. Berasal dari kata tunjang ق-ل-ب atau Qalaba,bermaksud yang berbolak balik. Berbezanya pula dari kalimah hati untuk haiwan iaitu disebut sebagai كبدة.

Berbolak baliknya hati manusia. Mudahnya bertukar ganti perasaanya. Sedih, gembira, takut, berani, resah gelisah, tertawa dan menangis. Itu berupa perasaan zahir. Namun apa yang tersirat disebalik hati yang berbolak balik itu ialah keimanan kepada Allah. Berbolak balik dari mengimani kepada mengkufurinya. Itulah yang diajarkan oleh Rasulullah melalui sebuah doa;

"يا مقلّب القلوب. ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك"

"Wahai Tuhan pembolak balik hati-hati (manusia). Tsabitkan hati-hati kami ke atas agama dan dalam ketaatan kepadaMU"

Qalbun Salim

Bukan mudah menggapai ketenangan jiwa. Segalanya bermula dari hati. Hati sebagai pendorongnya. Pada hatilah terletak segala-galanya.

Hati itu boleh berkarat. Seperti mana besi dimusuhi air & udara yang menyebabkan kepada berlakunya karat. Begitulah juga hati. Musuhnya terlalu banyak. Jagalah hatimu dari rosak binasa dek anasir-anasir yang senantiasa mencari ruang dan peluang.

Allah ada menyebut tentang hati yang sejahtera. Firmannya ;

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

(88. The Day whereon neither wealth nor sons will avail,) (89. Except him who brings to Allah a clean heart.) ((Ash-Shuara ; 88-89))

Hati yang sejahtera, penyelamat di akhirat kelak. Tika mana tiada la manfaatnya harta (yang betimbun-timbun) dan anak-pinak.

Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang sejahtera ini. Bagi seorang mukmin, hati yang sejahtera ini lahir dari penghayatan dalam menjalani kehidupan mengikut
lunas-lunas agama dan syariatullah. Sejajar dengan itu, menjalankan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya, tanpa perlu mempersoalkan haknya.

Siapalah kita sebagai hamba mampu mengajukan hak kita kepada Sang Pencipta.
Tanamkanlah rasa malu itu seperti mana Nabi Ayyub A.S yang malu memohon supaya Allah menarik kembali penyakit yang dihidapinya kerana sudah terlalu banyak nikmat yang dikecapi olehnya selama baginda sihat.

وإن تعدوا نعمة الله, لا تحصوها

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan di mana hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah.

Ibnu Abdullah,
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan.

Saturday, December 5, 2009

Imtihan, Sepanjang Fatrah Kehidupan

Diuji dan teruji sepanjang hayat dikandung badan adalah 1 sunnatullah yang telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi. Pelbagai jenis ujian dan rintangan telah Allah sediakan.

Manusia diuji sesuai dengan taraf kemampuannya. Ayat Al-Quran yang dijadikan wirid bagi kebiasaan sesetengah orang Islam seusai menunaikan solat telah membuktikan bahawa manusia akan diuji mengikut kadar kemampuannya.

لاَ يُكَلّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلَـنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَـفِرِينَ

(286. Allah burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned. "Our Lord! Punish us not if we forget or fall into error, our Lord! Lay not on us a burden like that which You did lay on those before us (Jews and Christians); our Lord! Put not on us a burden greater than we have strength to bear. Pardon us and grant us forgiveness. Have mercy on us. You are our Mawla (Patron, Supporter and Protector) and give us victory over the disbelieving people.'')

Diuji sekadar lingkungannya, tidak melampaui batas kemampuan.

Ibu bapa diuji dengan anak-anaknya.

Guru diuji dengan anak didiknya.

Penuntut ilmu diuji dengan pelajaran dan fatrah imtihannya.

Pendakwah diuji dengan tentangan dari mad'unya.

Para Huffaz diuji dengan keterlupaan dan kelalainya dalam menghafaz
Dan begitulah seterusnya. Diuji sekadar dalam lingkungan keberadaannya. Jarang sekali manusia itu diuji dengan yang bukan berkaitan dengan dirinya dan kehidupannya.

Fitnah Itu Ujian

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُواْ أَن يَقُولُواْ ءَامَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ

(1.Do people think that they will be left alone because they say: "We believe,'' and will not be tested.)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata "Kami telah beriman" sedangkan mereka berlum lagi diuji.Banyaknya manusia berdiri dengan megah lalu berseru dan mendakwa diri mereka telah beriman, menjalankan prinsip-prinsip agama, dan pelbagai lagi genre dakwaan mereka. Namun mereka masih belum sedar akan fitnah yang akan datang melanda. Menguji sejauh mana keimanan mereka berdasarkan tahap iman mereka.

Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang berbunyi;

أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ، يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء

"Seberat-berat ujian ke atas manusia adalah para nabi & rasul, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang terbaik (diantara kamu) dan yang terbaik (diantara kamu). Diuji seseorang itu berdasarkan agamanya, jika teguh agamanya, maka semakin beratlah baginya ujian (tersebut)."

Benarlah, bahawa bagi rasul seberat-berat ujian. Nabi Nuh A.S,
Ibrahim A.S, Musa A.S, Isa A.S dan Rasulullah S.A.W adalah 5 rasul Ulul Azmi. Diuji dengan ujian yang paling berat sekali. Ada yang diuji dengan kekufuran isteri dan anak-anak, diuji dengan perintah menyembelih anak yang disayangi, diuji dengan dakwah yang mendapat seberat-berat tentangan dari kaumnya sendiri dan pelbagai lagi ujian yang yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T untuk mereka semua. Namun ia ditempuh dengan penuh kesabaran.

Keajaiban Sabar Dalam Menempuh Ujian

Segalanya telah terbukti, sabar adalah kunci utama kepada kejayaan mengharungi ujian dan dugaan yang datang melanda.

Ketika mana Nabi Ibrahim A.S dikhabarkan melalui mimpi akan perintah Allah bahawa anaknya perlu disembelih. Lalu setelah yakin bahawa itu adalah perintah daripada Allah, maka Nabi Ibrahim A.S mengkhabarkan kepada anaknya bahawa dia perlu disembelih maka apakah kunci kepada kejayaan Ibrahim dalam menghadapi mihnah tersebut?

Tidak lain adalah kerana kesabaran anaknya dalam mematuhi perintah daripada Alla tersebut.

سَتَجِدُنِى إِن شَآءَ اللَّهُ مِنَ الصَّـبِرِينَ

(102."...if Allah wills, you shall find me of the patient.'') As-Saffat.

Nescaya kau akan medapati aku dari golongan orang-orang yang bersabar.

Disitulah kuncinya, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah, digantikanlah Nabi Ismail dengan seekor haiwan ternakan yang sihat lagi gemuk.

Jika sifat sabar dapat dipupuk dan disemai dengan jayanya, maka akan lahirlah seorang insan yang mulia akhalaknya.

Seperti mana yang telah saya huraikan dalam entri yang lepas akan sifat sabar Rasulullah dan para sabahat yang terlalu tinggi dalam menyebarkan dakwah dan menghadapi tentangan kaum sendiri, hingga akhirnya, Islam itu tertegak dengan megahnya diserata pelusuk dunia.

Akhirnya, Istiqamahlah dalam kesabaran dan ia menjadi kesinambungan kepada sempurnya sebuah kejayaan dalam sesebuah ujian.

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kehidupan para Nabi dan Rasul A.S dalam menempuh ranjau kehidupan.

"Selamat Menempuh Imtihan Thani"

Ibnu Abdullah
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan.

Monday, November 23, 2009

Perubahan, Jangan Terlalu Gopoh

Akhir-akhir ini, banyak kisah & berita hangat lagi sensasi ditayangkan di
dada-dada akhbar. Sama ada arus perdana proksi kerajaan, mahupun wadah lisan rasmi barisan pembangkang. Berita-berita tentang keruntuhan institusi sesebuah parti, memburukkan individu, rasuah, pembunuhan dan pelbagai lagi. Bagi sesetengah berita, tidak boleh tidak perlu ditambah dengan perisa ajinomoto bagi melariskan lagi jualan dan meraih publisiti meluas dikalangan pembaca.

Kerutuhan institusi moral dikalangan wartawan amat meruncing. Dahulu kala, berita disampaikan sebagai tanggungjawab untuk memberitahu, namun kini, entahlah, hilang kata dari bicara. Namun apa yang saya tertarik untuk membincangkan dalam entri kali ini bukanlah tentang isu kewartawanan, tetapi tentang kes tangkapan seorang ulama muda yang sedang mengukir nama dipersada negara. Bukanlah saya seorang yang mempunyai authority untuk mengulas lanjut tentang penangkapannya.

Anologi yang mudah difahami. Saya sebagai seorang watak sampingan dalam sebuah lakonan pementasan drama, dan beliau sebagai watak utama. Apakah tiada hak bagi saya untuk membantu beliau dari segi komen dan ulasan dalam lakonannya demi menyelamatkan penyampaiannya agar tidak dipersoalkan oleh para penonton? Pasti anda mempunyai pandangan tersendiri. Anda berhak untuk menerima pandangan saya, ataupun menolaknya dengan bicara hujah yang benar.

Dakwah & Psikologi

Dalam menyeru manusia kepada jalan-jalan keselamatan, amat perlu bagi seorang pendakwah memahami keadaan dan psikologi mad'unya. Kerana itulah, ulama-ulama terdahulu menjadikan Urf Wa 'Adat sebagai salah satu sumber syariat. Namun ia tidaklah mampu menandingi taraf Al-Kitab, Sunnah, Ijma' dan Kias. Tetapi, hikmah yang boleh diambil ialah, sifat toleransi dan tasammuh dalam beragama itu sendiri.

Contohnya, ketika Rasulullah tiba di Madinah ketika hijrahnya, baginda disambut dengan nyanyian dan puji-pujian terhadapnya. Adakah tercatat dalam sejarah bahawa baginda berpaling dari perbuatan kaum Ansar tersebut mahupun bermasam muka? Bahkan, tidak sama sekali.

Teori Psikologi Dalam Dakwah

Menuntut sebuah perubahan memerlukan sejumlah kesabaran di tambah dengan memahami psikologi mad'u yang diseru. Ia tidak boleh dilakukan secara drastik untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya bersetuju dalam beberapa perkara yang dibagkitkan oleh ulama muda tersebut namun begitulah juga saya mempunyai pandangan yang berlainan daripadanya. Itulah sunnatullah. Manusia biasa bukan maksum seperti seorang nabi.

Menerima sesuatu tanpa mengkaji adalah seperti orang buta yang berjalan tanpa tongkat. Peratusan untuk jatuh ke dalam longkang mahupun berlanggar dengan orang ataupun tiang amat tinggi. Namun dengan tongkat, ia mampu memberi sedikit keselamatan.

Apa yang telah dilakukan oleh ulama tersebut ada benarnya.
Namun pendapat-pendapat yang diberikan adalah terlalu lantang dalam masa yang sama masih ramai pihak yang belum mampu menerima cara sebegitu. Konsep pertama yang perlu disesuaikan dalam keadaan ini ialah konsep People Person.

People Person, Adakah Mencari Nama?

People person bermaksud menjadikan diri seseorang pendakwah itu sebahagian daripada juzu' mad'unya. Adakah ia bermaksud kita perlu mencari nama dikalangan pengikut-pengikut kita. Tidak, sudah tentu tidak sama sekali. Ia memberi makna bahawa perlunya seorang pendakwah mengambil tempat dalam sebahagian daripada kehidupan bukan sahaja pengikut, tetapi masyarkat itu sendiri.

Lihat sahaja bagaimana Rasulullah S.A.W menjadikan dirinya dikasihi oleh kaumnya ketika itu. Baginda mempamerkan akhlak yang sungguh mulia, sehingga sifat amanah beliau diberi pengiktirafan dari semua pihak dengan gelaran Al-Amin. Bukankah ini praktikal yang telah Rasulullah ajarkan. Bukan itu sahaja, dalam suratnya kepada Raja Rom, baginda dengan rendah diri telah menulis, dari Muhammad Bin Abdullah kepada Raja Rom yang Mulia. Padahal baginda seorang ketua negara ketika itu dan baginda berhak untuk menggunakan pangkat kenabiannya yang melebihi pangkat seorang raja.

Personal Account

Memahami konsep Personal Account pula tidaklah terlalu payah seperti untuk mempraktikalkannya. Sejarah hidup baginda rasul dan para sahabatnya terlalu banyak untuk didatangkan. Namun cukup sekiranya saya mendatangkan sebuah kisah dimana Rasulullah S.A.W selalu disakiti, dicaci maki dan dihidangkan dengan pelbagai najis, duri dan sampah ketika melalui lorong kecil berhadapan dengan seorang Yahudi
tua. Perbuatan buruk Yahudi tersebut menjadi kebiasaannya untuk dilakukan kepada Rasulullah, namun tidak pernah Rasulullah membalasnya.

Hinggalah ke suatu hari, Rasulullah melalui lorong tersebut seperti biasa, namun tiada lagi gangguan Yahudi tua tersebut kepada nabi. Lalu Rasulullah kehairanan lantas menyiasat apakah yang telah terjadi. Setelah disiasat, tahulah baginda bahawa Yahudi tersebut kegeringan. Kemudiaanya, Rasulullah tanpa rasa dendam, menziarahi Yahudi tersebut dan merawatnya sehingga pulih. Akhirnya, Yahudi itu sedar akan perbuatan buruknya lalu mengucap dua kalimah syahadah, iaitu kembali kepada fitrah.

Tuntasnya, Personak Account bukanlah berbuat kebaikkan dengan bermaksud untuk mendapatkan balasan. Namun ia memberi erti bahawa, dengan kebaikkan yang dilakukan dalam perkerjaan dakwah, mungkin ia akan meninggalkan kesan positif ke atas mad'u dan dengan mudah akan menerima perubahan yang dilakukan.

Jika kedua-dua teori ini difahami dan dilaksanakan dengan praktikal yang licin dan lancar, pastinya perubahan dapat dilakukan tanpa sebarang penolakkan. Bukannya dengan cara gopoh dengan menunjukkan cara seperti 'aku sahaja yang betul'. Selain itu, sifat, sabar dan ikhlas amat perlu sebati dalam jiwa seorang pendakwah. Perlulah difahami, pendakwah bukanlah sahaja mereka yang dikategorikan dengan title USTAZ, namun seorang jurutera, doktor, majisret hatta tukang sapu sampah pun boleh berdakwah dengan cara yang tersendiri.

Namun, perlu di ingat, janganlah lebih sudu dari kuahnya. Ambillah sikap seperti ulama-ulama salafussoleh yang terdahulu. Andainya seorang kapten sekalipun mampu berdakwah seperti seorang ustaz, ingatlah, rujuklah pada yang lebih pakar. Kerana tidaklah sama seorang ilmunya seorang yang doktor pakar dengan doktor biasa yang merawat di klinik.

Perubahan memerlukan seribu kesabaran. Berlemah lembutlah dalam berdakwah, dan jangan gopoh dalam merubah sesuatu sama ada individu ataupun masyarakat amnya.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الاٌّمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

(159. And by the mercy of Allah, you dealt with them gently. And had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you; so pardon them, and ask forgiveness for them; and consult them in the affairs. Then when you have taken a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him).)

Selamat berjuang wahai pewaris nabi.

Ibnu Abdullah
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan.

Friday, November 20, 2009

7 Pemuda Gua

Alhamdulillah,
Seharian suntuk saya dan rakan-rakan bersiar-siar ke bandar Amman, Jordan. JOD5 caj dikenakan bagi setiap penumpang, tambang untuk coaster yang kami sewa dari Mu'tah. Ustaz Ihsan sebagai ketua telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya.Bermulanya destinasi kami adalah dengan menziarahi Gua Ashabul Kahfi, kemudian ke 'Abdali, Balad, City Mall dan akhirnya ke Mecca Mall.

The Cave Of Seven Sleepers

Hembusan angin dingin ketika musim sejuk ini amat mengigit. Biarpun cuaca sejuk di Amman tidaklah sesejuk Mu'tah, namun tiada bezanya.
Mungkin kulit & lelemak pelajar-pelajar baru masih belum terbiasa untuk menahan kedinginan angin.

Setibanya dihadapan pintu gua, Ustaz Ihsan sebagai 'tourist guide' memberi sedikit info kepada semua ahli rombongan. Katanya terdapat 3 tempat di dunia ini yang di dakwa sebagai Gua Ashabul Kahfi. Pertamanya di Jordan, kedua di Syria dan ketiganya di Turki. Namun pendapat yang paling rajih adalah di bumi Amman, Jordan. Ini kerana terdapat sumber mata air berdekatan dengan pintu gua, dan ia diceritakan di dalam hadis-hadis Nabawi.

Namun bukan tempat yang saya cari untuk diambil pengiktibaran. Apa yang saya cari dan tencari-cari adalah punca kekuatan iman 7 orang pemuda yang cuba melarikan diri dari fitnah kezaliman pemerintah ketika itu. Bagaimana mereka di ilhamkan oleh Allah untuk memilih sekecil-kecil tempat sebagai perlindungan daripada memilih untuk melarikan diri mereka jauh kehujung dunia.

Firman Allah S.W.T ;

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَـبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُواْ مِنْ ءَايَـتِنَا عَجَبًا *إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّىءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا*فَضَرَبْنَا عَلى ءَاذَانِهِمْ فِى الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
ثُمَّ بَعَثْنَـهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا لَبِثُواْ أَمَدًا*

(9. Do you think that the people of Al-Kahf and Ar-Raqim were a wonder among Our signs) (10. When the young men fled for refuge to Al-Kahf. They said: "Our Lord! Bestow on us mercy from Yourself, and facilitate for us our affair in the right way!'') (11. Therefore, We covered up their hearing in Al-Kahf for a number of years.) (12. Then We raised them up, that We might test which of the two parties was best at calculating the time period they tarried.)

Kemudian Allah berfirman lagi ;

*نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـهُمْ هُدًى * وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ لَن نَّدْعُوَاْ مِن دُونِهِ إِلـهاً لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا * هَـؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذْواْ مِن دُونِهِ ءَالِهَةً لَّوْلاَ يَأْتُونَ عَلَيْهِم بِسُلْطَـنٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا * وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إَلاَّ اللَّهَ فَأْوُواْ إِلَى الْكَهْفِ يَنْشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّىءْ لَكُمْ مِّنْ أَمْرِكُمْ مِّرْفَقًا *

(13. We narrate unto you their story with truth: Truly, they were young men who believed in their Lord (Allah), and We increased them in guidance.) (14. And We made their hearts firm and strong when they stood up and said: "Our Lord is the Lord of the heavens and the earth, never shall we call upon any god other than Him; if we did, we should indeed have uttered an enormity in disbelief.) (15. These our people have taken for worship gods other than Him. Why do they not bring for them a clear authority And who does more wrong than he who invents a lie against Allah.) (16. (The young men said to one another:) "And when you withdraw from them, and that which they worship, except Allah, then seek refuge in the cave; your Lord will open a way for you from His mercy and will make easy for you your affair.'')

Kisah yang terukir didalam Al-Quran, pastinya bukan ciptaan, dan di situlah saya temui kunci kepada terdorongnya 7 pemuda beriman ini.

Doa, Senjata Orang Beriman

Rupa-rupanya, doa mereka itulah kunci kejayaan. Kejayaan mereka berupa petunjuk dari Allah untuk bersembunyi didalam gua. Gua yang padanya tiada sebarang kemudahan. Panas yang membahang tanpa pendingin hawa. Iman mereka terselamat dari menjadi mangsa kekejaman pemerintah yang zalim. Bukan melakukan kezaliman berupa jenayah. Namun kezaliman yang berupa kesyirikan. Zalim kepada diri sendiri & Tuhannya.

Allah mengingatkannya didalam surah Luqman ;

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَبُنَىَّ لاَ تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

(13. And when Luqman said to his son when he was advising him: "O my son! Join not in worship others with Allah. Verily, joining others in worship with Allah is a great Zulm (wrong) indeed.'')

Syirik itu juga satu kezaliman. Great Zulm, that is wrong indeed. Syirik
jugalah satu-satu dosa yang tidak terampun jika mati tanpa bertaubat nasuha. Betapa besarnya kezaliman ini. Disebabkan itulah, 7 pemuda beriman itu kesemuanya melarikan diri.

Berbalik tentang doa yang dipohonkan mereka ;

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّىءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa pemuda-pemuda tersebut membaca doa ini sejurus setibanya mereka didalam gua. Mereka bermohon supaya diberikan rahmah serta ditunjukkan jalan yang lurus kepada mereka semua.

Tertidurlah mereka selama beberapa ratus tahun yang lama. Tidaklah reput biar sedikitpun daging & tulang-temulang mereka. Akhirnya bangkit mereka tanpa merasakan kepenatan akibat tidur yang terlalu lama.

Maha Berkuasa Allah atas setiap sesuatu.







Dihadapan pintu masuk gua


Cacatan sejarah oleh pemerintah Khilafah Islamiyyah(xpasti khilafah mana)




Pemuda-Pemuda Mu'tah bersama penunggu Gua Ashabul Kahfi


Dihadapan Masjid - Nazmi, Izani & Sharif


Nazmi, Azle & Izani


Ahl Kahf St.

Tuesday, November 17, 2009

SAINTIFIKNYA AL-QURAN

Semalam kelas Dr. Jamal Abu Ruman berjalan seperti biasa. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya membuahkan ukhuwwah yang baik antara kami yang majoritinya pelajar Malaysia, dua orang pelajar Indonesia dan hanya seorang wakil pelajar berbangsa Arab. Banyak pro & kontra berada didalam suasana begitu.

Dr. Jamal Abu Ruman seringkali dikaitkan oleh pelajar-pelajar senior dengan ke'syadid'annya ketika mengajar di kelas & memberi markah di dalam peperiksaan. Namun dalam sebulan lebih saya mengikuti kelasnya, saya tidak nampak lagi
sikap-sikap yang muncul dari perwatakkannya bertepatan dengan apa yang dikhabarkan oleh abang-abang senior. Wajahnya yang putih bersih 'akibat' mengahafaz Al-quran tidaklah menjemukan saya untuk memandangnya ketika beliau menyampaikan kuliahnya.

I'jaz Al-Quran

Perbahasan yang amat lebar tentang tajuk I'jaz Al-Quran memakan masa yang panjang.
Apa yang saya nampak, ini semua hasil kerana ramainya anak Melayu Malaysia yang tidak fasih lagi berbahasa Arab. Dan akibatnya Dr. Jamal telah memperlahankan tahap kelajuannya dalam mengajar subjek Ulum Quran supaya anak-anak Melayu dapat memahaminya.

Saya tidak boleh untuk menghuraikannya dengan lebih lanjut, kerana bagi sesetengah pelajar, ini merupakan suatu keringanan yang amat sangat kerana tidak perlu terlalu bersusah payah untuk memahami subjek ini. Namun bagi pelajar-pelajar yang cintakan ilmu, penyampaian yang terlalu mudah akan menjerat kembali anak-anak Melayu Malaysia. Apakan tidak, jika dilihat dari suatu sudut, ia seperti terlalu memanjakan sehingga akan menyebabkan pelajar-pelajar malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan.

Buktinya, lihat sajalah buku subjek Ulum Quran yang bersih, dari sebarang noda dan dakwat pen mahupun pensil. Ah, cukuplah sahaja tentang bab ini. Berbalik kepada I'jaz Al-Quran, Seluruh ulama bersepakat bahawa Al-Quran I'jaz dari segi bayani. Namun, ramai juga ulama-ulama yang lain berpendapat Al-Quran juga I'jaz dari segi Ilmiah, Syariat dan beberapa sudut yang lain.

Apa yang saya tertarik untuk dibincangkan kali ini, adalah berkenaan dengan I'jaz Ilmiah. Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lalu telahpun membincangkan tentang Sains. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa dalil yang akan saya datangkan, insya ALLAH.

Oksigen Berkurang

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلَـمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى السَّمَآءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

(And whomsoever Allah wills to guide, He opens his breast to Islam; and whomsoever He wills to send astray, He makes his breast closed and constricted,
as if he is climbing up to the sky. Thus Allah puts the wrath on those who believe not.) 6:125

Allah menggambarkan bagi mereka yang beriman, dada mereka akan diterangi dengan hidayah Islam, namun bagi mereka yang kufur, Allah telah memberikan suatu gambaran bahawa betapa gelapnya dunia kebatilan dengan mendatangkan contoh dada-dada mereka akan terasa sempit dan tertekan seumpama mendaki ke langit.

Kalimah يَصَّعَّدُ yang di tasydidkan huruf ain, membawa maksud terlalu sukar untuk mendaki ke langit. Kajian sains masa kini telah membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Al-Quran adalah benar, tepat & saintifik. Ini kerana, semakin tinggi aras ketinggian menuju ke langit, semakin berkuranglah oksigen yang mana akan menyebabkan berlaku kesesakan nafas dan dada terasa seolah-oleh ditekan dan dihimpit oleh sesuatu. Maha Suci Allah yang menjadikan sekalian alam.

Tiga Kegelapan

"...يَخْلُقُكُمْ فِى بُطُونِ أُمَّهَـتِكُـمْ خَلْقاً مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِى ظُلُمَـتٍ ثَلَـثٍ..."

(He creates you in the wombs of your mothers, creation after creation in three veils of darkness.) 39:5

Ulama'-ulama' mufassirin terdahulu mengatakan bahawa tiga kegelapan itu merangkumi perut si ibu, rahim & uri. 1400 tahun kemudian, para saintis telah mendalami kajian berkenaan dengan alam rahim. Dan buktinya, tiga kegelapan itu benar-benar ada ketika proses kehamilan berlaku sehingga lahirnya anak itu ke dunia.

Kebaikan Tamar

وَهُزِّى إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلةٍ * تُسَـقِطْ عَلَيْكِ رُطَباً جَنِيّاًفَكُلِى وَاشْرَبِى وَقَرِّى عَيْناً
(And shake the trunk of date palm towards you, It will let fall fresh ripe dates upon you. So eat and drink and rejoice.) 19 : 25-26

Menjadi kebiasaan bagi Rasulullah memakan tamar semasa sahur & berbuka. Dan sehingga ke hari ini, sunnah itu telah menjadi ikutan bagi kebanyakkan muslimin yang mengetahui khasiat buah tamar.

Kelebihannya pula telah Allah rakamkan di dalam surah Maryam ayat 25 & 26. Kebaikkannya untuk wanita yang baru bersalin amat memberi kesan yang besar. Ini kerana, wanita yang baru bersalin kehilangan banyak darah, kalsium dan pelbagai lagi mineral & vitamin yang menjamin keseimbangan tubuh badan yang lemah selepas melahirkan anak.

Mengikut ilmu yang saya perolehi dari seorang tokoh perubatan & agamawan iaitu Dr. Jamnul Azhar, tamar mengandungi pelbagai jenis gula yang berkhasiat antaranya Fructose, Lactose & Sucrose. Ketiga-tiga jenis gula inilah yang memberi kesan yang besar dalam sistem tubuh badan manusia. Justeru itulah, muslimin yang berpuasa digalakkan berbuka dengan tamar untuk memberi 'warm up' kepada sistem perkumuhan di dalam badan manusia agar bersedia menerima limpahan juadah yang tersedia.

Saintifiknya Al-Quran

Maka, betapa beruntunglah mereka yang menjalani kehidupan seiring dengan agama, kerana Islam yang sedia ada dan terkandung di dalamnya segala keperluan hidup manusia akan menyuluh kepada jalan-jalan kejayaan.

Sesungguhnya, ilmu-ilmu yang diberikan kepada manusia hanyalah setitis dari selautan air yang melimpah.

وَلَوْ أَنَّمَا فِى الاٌّرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلاَمٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَـتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(And if all the trees on the earth were pens and the sea (were ink), with seven seas behind it to increase it, yet the Words of Allah would not be exhausted. Verily, Allah is All-Mighty, All-Wise.) 31:27

....bersambung, tunggu kuliyah yang seterusnya

Ibnu Abdullah
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan

Sunday, November 15, 2009

IKHLAS ITU MELELAHKAN

Suatu hari seorang guru mengajak murid-muridnya ke pasar.

"Mari Ku ajarkan pada kalian semua apa itu IKHLAS",kata sang guru kepada murid-muridnya.

"Baiklah, nantikan sebentar untuk kami carikan pena dan kertasnya".
Jawab murid-muridnya dengan penuh taat.

"Tidak perlu, kalian hanya perlu carikan sekarung guni kosong untuk setiap seorang daripada kamu, dan kamu mesti memilikinya ". Jawab guru.

Menuju Ke Pasar

"Baiklah, sekarang kalian kutipkan setiap batu yang kalian temui dan isikan sepenuh mungkin ke dalam karung yang kamu milikinya".

Tanpa banyak bicara, dipenuhkan karung-karung dengan batu-batu kecil mahupun besar yang ditemui sepanjang perjalanan. Setibanya di pasar, penuhlah sudah karung-karung tersebut. Terik mentari memancar, peluh laju mengalir membasahi badan murid-murid, tidak terkecuali sang guru.

Namun si guru, hanya berlegar-legar di pasar tanpa membeli barang sesuatu pun.
Murid-murid yang sudah kebingungan seraya bertanya, "Wahai guruku, apakah maksudmu membawa kami ke pasar tanpa membeli apa-apa pun untuk dibawa pulang ke madrasah".

Namun, sang guru hanya menjawab dengan diam membisu sambil mengukir senyuman kecil melihat akan sekian beban yang ditanggung murid-muridnya.

Perjalanan Pulang Ke Madrasah

"Banyak membeli barang-barang", ujar seorang kenalan guru.

"Wah, mungkin mereka ini orang kaya dan mahu mengadakan kenduri",
tegur pula seorang mak cik tua.

Kelibat si guru tua dengan anak-anak muridnya menjadi tumpuan. Hampir tiada sepasang matapun yang tidak hinggap menatap gerembolan besar itu. Ada yang tersenyum, ada pula yang mencebik, mungkin meluat melihat tingkah laku mereka seperti orang kaya yang sombong lagaknya.

Namun si guru hanya tersenyum simpul, sambil melangkah laju menuju ke madrasah. Murid-murid sudah mula keletihan akibat berat beban yang ditanggung mereka.

Ketika Di Madrasah

Setibanya di madrasah, karung-karung guni diletakkan tersusun rapi disudut kelas. Arah si guru pada sekalian anak-anak muridnya.

"Untuk apakah kita berpenat lelah ini wahai guru, ada gunakah batu-batu ini?'. Tanya murid meleraikan persoalan yang terbuku dihati.

"Sebenarnya anak-anakku, tidaklah aku berniat untuk menyusahkan kalian dengan mengadakan perkejaan sia-sia, namun perasankah kamu, awal-awal lagi ku katakan yang aku ingin ajarkan kalian ilmu IKHLAS. Sesungguhnya keletihan yang kamu rasakan itu yang aku mahukan, kerana sebentar tadi, kamu telah mempelajari akan erti sebuah keIKHLASan". Terang si guru.

"Kamu telah belajar apa itu IKHLAS dalam berAMAL. Batu-batu ini umpama amalan orang yang RIYA', TIDAK IKHLAS dalam berAMAL. Tadi orang-orang yang kita temui telah memuji-muji akan banyaknya harta dan barang-barang yang kita beli, namun setiap dari kamu sendiri tahu akan isinya karung terebut. Hanya batu-batu kotor yang kamu kutip".

"Namun, jika kamu tetap merasa bangga akan pujian yang diberikan, ketahuilah wahai anak-anakku sayang, kamu telah melakukan syirik kecil iaitu RIYA' "

"Itulah umpamanya AMAL yang TIDAK IKHLAS. Hanya berat sahaja yang ditanggung, dipuji sekalian orang, namun tiada nilainya disisi ALLAH. Hanya kepenatan sahaja yang diperolehi".

"Sekarang, sudahkah kalian mengerti apa itu IKHLAS?". Tanya si guru, menyudahkan persoalan, meleraikan kekusutan akan erti IKHLAS dalam berAMAL

.................................................................................

"ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu hitam jauh nun ditengah hutan yang kelam"

Ibnu Abdullah
Dar Cempaka, Mu'tah, Jordan