Tuesday, May 4, 2010

Kek Batik Al-Urduni

Cikgu Noriah & Ustazah Zawiyah ketika mencuba resepi kek batik kami

Dulu ketika di tingkatan 5, saya dan teman-teman rajin membuat kek batik di asrama. Bilik Kemahiran Hidup Bersepadu menjadi mangsa bagi eksperimen resepi kek kami. Jangan pelik, kalau pelajar perempuan pun ada yang mengidam air tangan kek batik buatan kami pelajar lelaki. Hatta, cikgu-cikgu pun makan sampai menjilat jari. Hmmm...

Setelah hampir 3 tahun berlalu, kini saya kembali mengulang kenangan lama diingatan dengan menzahirkannya melalui perlakuan. Mulut yang terlalu mengidamkan mengunyah kek batik buatan sendiri memaksa diri mengeluarkan tenaga. Berbekalkan sedikit duit sebanyak JD6, saya membeli barang-barang asas keperluannya. Telur, Biskut Merry, Perisa Coklat, dan susu cair (Aduhai, Jordan tak ada susu pekat). Kini, ingin sekali saya kongsikan bersama-sama teman, resepi kek batik saya.

Resepi Kek Batik'

Resepi ini adalah hasil kekreatifan seorang lelaki. Ingat, lelaki! Bukan Perempuan. Kaedahnya semudah 'campak apa sahaja yang ada'.

Bahan-bahan.

1- Telur
2- Biskut Merry
3- Perasa Coklat, Koko atau Milo
4- Gula
5- Mentega
6- Penambah Sedap seperti kacang, coklat putih dan lain-lain.
7- Semangkuk air

Cara-caranya.

Pecahkan biskut Merry, tapi jangan sampai hancur. Kalau hancur, memang confirm tak jadi. Biarkan terbuka sampai lemau. Pecahkannya sejam atau dua jam sebelum anda mula membuat kuah.

Kemudian, panaskan mentega sehingga cair, lagi banyak lagi sedap. Tapi jangan terlalu banyak, nanti jemu. Setelah cair, masukkan air yang telah digaul dengan perisa coklat, koko atau milo, campuran ketiga-tiganya pun tidak mengapa. Api hendaklah kecil. Setelah agak panas, tanpa perlu menyukatnya menggunakan termometer, masukkan telur. Sebanyak mana juga yang anda suka. Lebih banyak, lebih gemuklah anda nanti. Kacau, ingat api perlu kecil, kacau cepat-cepat. Ditakuti telur akan berketul-ketul.

Sekemudian, campakkan gula lebih kurang 2 genggam. Masukkan susu cair satu tin. Kacau sehingga pekat dan mendidih. Setelah mendidih. Masukkan biskut Merry lemau tersebut. Padamkan api. Kacau sehinggan sebati. Setelah itu masukkan ke dalam acuan. Jangan lupa untuk memadatkannya didalam acuan. Setelah selesai, taburkan kekacang atau apa sahaja yang anda suka di atasnya. Masukkan ke dalam peti ais, dan tunggu sehingga keras.

Cubaan Pertama di Jordan, harap-harap, lepas ini lebih menjadi.

Memang sedap. Jangan lupa mencubanya di rumah. Kalau terliur, bagi duit pada saya, insya-Allah saya buatkan. Selamat Mencuba.

Ibnu Abdullah,
Dar Musta'mal, Mu'tah, Al-Karak, Jordan.

4 comments:

Adam Lee said...

ceh, bila dah tak tahu nak paw biskut sape, dia buat biskut sendiri.
*Izani, aku ada juga kitab I'rab Quran tu. sebijik!

Izani Abdullah said...

Aku pau biskut kamu je abangku.. bila kamu dah jauh dariku, so, aku kena berdikari.. buat biskut sendiri..

itu i'rab mukhtashor.. lepasni, nak beli yg syarah panjg pulak =)

hASif said...

mmmmm...sedapnya......nak satu????
nanti enta balik malaysia,kita wat picnic,enta buat sedozen kek batik ni......

hASif said...

izani ,support lah blog ana...
xde follower pun....
sian...
blog sepi....

Post a Comment