Sunday, April 4, 2010

Teman Hingga Ke Syurga



Ya, teman hingga ke syurga. Mungkinkah?

Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nisa',

يَـأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً

(1. O mankind! Have Taqwa of your Lord, Who created you from a single person, and from him He created his mate, and from them both He created many men and women..) {4:1}


Dari Adam, terciptanya ibu kita, Hawa. Hawa buat menemani Nabi Adam.
Dan manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Untuk mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana manusia tidak pernah sempurna.

Mencari Teman Hingga Ke Syurga

Rabbani selalu berpesan;

"Cari, cari, carilah, pasangan hidup betul-betul oh kawan!"

Carilah pasangan hidup yang sebenar-benarnya. Bersamanya, dikongsikan segala-galanya.
Seperti mana Khadijah sanggup berkorban demi suaminya yang tercinta. Darjat, harta, keturunan, kebangsawanan, segala-galanya ditinggalkan demi berkongsikan sebuah kehidupan. Sehinggakan suatu ketika, Ummu Al-Mu'mineen 'Aisyah merasakan begitu cemburu apabila Rasulullah acap kali menyebut nama Khadijah yang dicintainya selepas kewafatan Khadijah.

"Bagaimana aku dapat melupakannya, dialah yang menemaniku tatkala tiada siapa berdiri menemani perjuanganku dahulu". Jawab Rasulullah dengan penuh hikmah.

Namun kini, masih adakah lagi Khadijah?

Hidupkah lagi watak-watak Ummu Al-Mu'mineen dalam jiwa sanubari wanita-wanita hari ini?

Ataupun, yang wujud dalam bayangan wanita hari ini adalah bayangan isteri-isteri para Nabi A.S yang sanggup mengkhianati perjuangan suami-suami mereka.

Seperti isteri Nabi Nuh.

Mahupun seperti isteri Nabi Lut.

Nama keduanya terpahat di dalam Al-Quran untuk wanita-wanita kini mencari pedoman dari apa yang telah mereka lakukan. Firman Allah;

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَـلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِينَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَقِيلَ ادْخُلاَ النَّارَ مَعَ الدَخِلِينَ

(10. Allah sets forth an example for those who disbelieve: the wife of Nuh and the wife of Lut. They were under two of our righteous servants, but they both betrayed them. So, they availed them not against Allah and it was said: "Enter the Fire along with those who enter!'') {66 : 10}


Dan begitu juga sebaliknya. Bagi wanita, anda berhak mencari pasangan hidup anda. Yang menyempurnakan sebuah bahtera kehidupan. Suami yang menjadi ketua rumah tangga. Memimpin si isteri dalam menyuluh jalan mencari redha-Nya.

Pesan Nabi

Jangan kata Islam tidak menitik beratkan soal pemilihan teman hidup. Lupakah saudara-saudara akan apa yang telah Rasulullah sabdakan?

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda;

تُنْـكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ، تَرِبَتْ يَدَاك

(A woman is chosen for marriage for four reasons: her wealth, social status, beauty, and religion. So, marry the religious woman, may your hands be filled with sand (a statement of encouragement).)


Memang payah untuk membentuk sebuah keluarga yang hidup berlandaskan jalan-jalan Tuhan. Namun, berusaha dan terus berusahalah. Kerana apa yang akan ditimbang nanti bukan sejauh mana keberhasilannya, tetapi sejauh mana usaha yang telah dilakukan.

Carilah yang tebaik dalam kehidupan ini.

Mulakan segala-galanya dari diri anda sendiri.

Mahukan anak yang soleh, carikan ibu yang solehah. Mahu ibu yang solehah untuk anak-anak yang soleh, mulakan dengan diri anda untuk menjadi contoh yang soleh bagi mereka.

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

(74. And those who say: "Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.'')


Selamat mencari buat si pencari. Semoga Allah tunjukkan yang terbaik.

P/s : Entri kali ini khas buat teman-teman yang sedang mencari pasangan di Mu'tah khasnya, dan di seluruh alam amnya.

Ibnu Abdullah,
Dar Musta'mal, Mu'tah, Jordan.

No comments:

Post a Comment