Saya seakan keletihan bercampur seribu satu kerisauan kerana berhadapan dengan masyarakat khususnya umat Islam yang terlalu suka melabelkan diri sendiri, individu tertentu ataupun sesebuah jemaah tertentu.
"Aku Salafi", dakwa Ali.
"Salafi bukan bagus pun, baik kau jadi macam aku. Washoti, bebas. Ke sini tidak, ke sana pun tidak. Mana yang bagus kita ikut". Jawab Ahmad.
"Baik aku join Muhadditheen, depa ni lebih selamat. Setiasa dekat dengan Nabi". Desus hati kecil Abu.
Keta'suban Melabelkan Diri
Contoh yang saya datangkan di atas adalah sesuatu yang telah biasa kita temui dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi dengan mereka-mereka yang memahami agama tetapi hakikatnya masih belum sempurna kefahamannya.
Tidak mengapa melabelkan diri sendiri atas apapun kefahaman anda. Salafi, Khalafi, Tablighi dan apa pun juga labelnya. Tetapi adalah yang perlu dijaga adalah jangan sampai terlalu ta'sub dengan label yang ada anuti.
Sifat ta'sub inilah yang mematikan perjuangan umat Islam sesama mereka. Sikap ini terbawa-bawa dalam semua keadaan. Kerana apa ini terjadi, kerana masing-masing ingin menonjolkan bahawa idealogi & methodologi yang mereka bawalah bertepatan 200% dengan Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Label ini menyebabkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan. Masing-masing terlalu ta'sub dan tidak mahu menerima pandangan, hujah dan dalil dari pihak yang lain. Untuk duduk semeja, jauh sekali. Sama ada didalam bab Aqidah mahupun Feqah, kata sepakat amat payah untuk diperolehi. Penyakitnya adalah sifat ta'sub.
Terkadang yang membuatkan saya menjadi lucu, tuan guru yang mengepalainya bersederhana sahaja, tetapi pengikutnya pula yang berlebih-lebihan. Melampaui batasan.
Belajarlah Menerima
Baru-baru ini, Malaysia gempar dengan pertelingkahan berkenaan pegangan aqidah. Antara pelakon-pelakon terkenal yang membintanginya adalah Dr. Uthman El-Muhammady, Dr. Asri Zainal Abidin, Jabatan Agama Negeri dan individu-individu perseorangan yang mempunyai pengaruh di Malaysia.
Jujurnya saya tidak mahu membahaskan tajuk ini, kerana saya tahu, dikalangan pembaca-pembaca saya, akan ada yang tidak bersetuju. Namun jujur saya katakan, saya menyayangi Dr. Uthman, Dr. Asri, dan semuanya. Tidak langsung saya berniat untuk merendah-rendahkan keilmuan yang ada dalam diri mereka. Dan seikhlasnya saya menyayangi mereka kerana Allah. Mereka jauh lebih baik dari Yahudi mahupun Nasrani yang terang-terang tidak beriman kepada Allah.
Namun diatas prinsip ilmu, saya memberanikan diri memberikan pandangan saya terhadap apa yang berlaku dalam situasi di Malaysia. Setelah bersoal jawab dan meminta pandangan dari pensyarah di Kuliah Syariah, Universiti Mu'tah saya dapat menyimpulkan bahawa pertelingkahan itu sebenarnya berpunca dari sikap keAKUan dan keangkuhan serta keta'suban semata-mata.
Bagi mereka yang memahami serta berpegang dengan pendapat Ibnu Taimiyyah, mereka benar. Dan bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat tentang sifat 20, mereka juga benar. Kerana apa mereka benar. Kerana kedua-duanya dibahaskan tanpa dalil yang sorih. Dan ia adalah pendapat ijtihadi bagi imam-imam yang di sepakati keilmuannya oleh para Ulama'.
Siapalah kita untuk menuduh salah satu darinya adalah salah dan Kafir. Inilah sikap yang sangat-sangat saya takuti dan saya benci. Merendah-rendahkan sesama saudara agama lantas mengkafirkan. Ini juga berpunca dari sikap ta'sub dalam melabel sesama kita.
Suka untuk saya berpegang dengan pendapat seorang tokoh ilmuan, bahawasanya dia mengatakan, "aku beriman dengan Allah sebelum timbulnya khilaf". Khilaf dalam perkara-perkara cabang. Lantas diperbesar-besarkan seperti ia adalah masalah pokok. Akhlak apakah ini?
Berpada-padalah, Itu Yang Terbaik
Salafi, ke syurgakah mereka?
Khalafi, sesatkah mereka?
Tablighi, salahkah perjuangan mereka?
Kembalilah kita kepada seruan yang sebenar-benarnya. Biar apapun dakwaan anda dari aliran apa, akuilah bahawa kita adalah MUSLIM. Salafi MUSLIM, Khalafi MUSLIM, Tablighi juga MUSLIM. Nah, bukankah ini titik pertemuan yang menyatukan kita. Kita semua sesama Muslim, dan Muslim itu bersaudara.
Kurangkan atau buangkan sikap suka melabelkan diri sendiri, individu tertentu ataupun sesebuah kumpulan tertentu. Matikan sikap ta'sub terhadap sesuatu aliran dan pegangan. Belajarlah memperbahaskan sesuatu secara ilmiyyah. Kerana kita sama bersaudara. Dan ikatan persaudaraan ini terlalu ajaib untuk diperbahaskan.
Aku MUSLIM.
Engkau MUSLIM.
Kita MUSLIM.
..تَعَالَوْاْ إِلَى كَلِمَةٍ سَوَآءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ..
..Come to a word that is just between us and you..
{3 :64}
Ibnu Abdullah,
Dar Musta'mal, Mu'tah, Jordan
4 comments:
bersetuju dengan saudara izani,,,label itu untuk identiti,,yang menjadi masalahnye kataksuban dan fanatik...sifat fanatik tanpa ilmu dan kajian adalah sampah..di malaysia ini kita dapat lihat masalah fanatik bangsa,,khasnya melayu..bila ckp pasal label ni teringat pula peristiwa 10 tahun sebelum merdeka,,,pasca penjajahan jepun..ini adalah peristiwa penentangan golongan kiri terhadap british..mereka ini membentuk pakatan PUTERA-AMCJA..yg didalamnya terkandung bermacam label idealogi,bangsa dan organisasi seperti agamawan,sosialis,komunis,kesatuan buruh,belia,wanita,demokratik,alim ulama dan intelektual..berbeza labelnya tapi sama perjuangan untuk menyepak british..ini adalah contoh permulaan kontrak sosial yg baik untuk negara ini tapi sayang british mengharamkan pakatan ini dan majoriti mereka ini di penjara..
hmm..Amer, PUTERA-AMCJA ini bukan ke haluan kiri yg kita dah belajar dlm silibus sejarah tingkatan 3 sbgi satu ideologi yg tak betul..
ataupun silibus sejarah yg sebenar dah di edit ikut kepala otak BN?? hmm.. TSS perlu membongkar rahsia ini!!
buku teks itu adalah propaganda utk mereka,,,syorkan bicaraqalam menonton dokumentari 10 tahun sebelum merdeka,,,pasal putera-amcja,,,british isyitiharkan darurat utk banteras komunis,,,tapi putera-amcja yg xbersenjata juga di penjara,,,yg peliknya apakah ahli UMNO ade yg di tahan?huhu...sejarah kita juga patut di struktur semula,,,penilaian sejarah harus jujur dan adil,,,
insya Allah .. terima kasih TSS, semoga terus maju!
Post a Comment