Wednesday, August 11, 2010

Motivasi Ramadhan Melalui Sejarah

Islam pernah mencapai kegemilangannya yang tersendiri. Islam kaya dengan kemenangan, juga Islam itu pernah jatuh kerana kekalahan. Akan tetapi, Islam itu hanyasanya layak untuk memikul kegemilangan. Dan kejatuhan itu berpunca dari kesalahan penganutnya yang tersendiri.

Teringat saya akan peristiwa saya dan sahabat pernah dilemparkan soalan "Di manakah Islamnya Mesir (Negara Arab) itu?". Soalan yang sangat membunuh andai akal didahului oleh sentimen dan nafsu semata-mata. Terdiam sebentar, kami memikirkan apakah 'trick' jawapan paling sesuai untuk memperlihatkan Islam itu sebenarnya. Lalu saya teringat kata-kata Cat Steven atau nama Muslimnya, Yusuf Islam sebelum beliau kembali kepada fitrahnya. "Seandainya saya mengenali Islam melalui Muslim, sudah pasti hari ini saya masih belum berniat untuk memeluk agama Islam".

Ya, Islam itu indahnya pada keluhuran ajarannya. Bukan pada Muslim yang mempraktikkannya. Dekati, fahami dan kajilah Islam dari ajaran-ajarannya, ajaran yang memenuhi kehendak fitrah manusiawi.

Kegemilangan Sejarah Islam Pada Ramadhan

Bagi mereka, terutamanya pelajar-pelajar di Tanah Arab (Middle East : Saya kurang gemar menggunakannya, kerana istilahnya terbit dari pembahagian tempat mengikut kerangkan Barat) yang suka mengamati dalam-dalam kehidupan di sini, pasti dan pasti sedikit sebanyak akan termotivasi berpandukan sejarah jatuh bangunnya Islam di bumi kering ini.

Lagi-lagi,di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sejarah Islam pernah diwarnai dengan pelangi keindahan. Antaranya ;

1. Peperangan Badar Al-Kubra
Berlakunya pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah.

2. Pembukaan Kota Mekah (Fath Al-Makkah)
Berlaku pada hari Jumaat, 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah.

3. Beberapa Siri dari Peperangan Tabuk
Berlaku pada tahun ke-9, antaranya peperangan Qadisiyyah, peperangan Al-Buaib dan beberapa lagi peristiwa lain.

4. Pengancuran Lakhams Baqeen
Oleh Khalid Al-Walid, tahun ke-8 hijrah. Lakhams Baqeen, iaitu rumah ibadat yang padanya ada berhala Al-Uzza yang diperbuat dari pohon Tamar.

5. Rombongan Thaqif dari Thaif memeluk Islam

6. Kemasukkan Islam ke Yaman
Rasulullah S.A.W mengutuskan Ali bin Abi Talib, ke Yaman. Pada tahun ke-10 Hijrah.

7. Pertempuran Az-Zallaqah
Berlaku di Sobaihah, Jumaat 25 Ramadhan 479 Hijrah.

8. Pertempuran 'Ain Jalut
Perkampungan di antara Nablus dan Nebsan. Jumaat, 15 Ramadhan 658 Hijrah. 3 September 1260 Masihi. Diketuai oleh Sultan Qutuz, Sultan Mamluk dari Mesir. Dan kemenangan ke atas Islam dengan mengalahkan tentera Moghul.

9. Pembukaan Kota Andalusia
Di taluki oleh Panglima Thariq bin Ziad. Bermula dengan beberapa siri peperangan anratanya, peperangan Tharif, peperangan Az-Zallaqah, dan akhirnya Andalusia jatuh ke tangan Muslim. Tahun ke-92 hijrah, 27 Ramadhan, bersamaan 19 Julai 711 Masihi.

Dan pelbagai lagi siri-siri peperangan seperti peperangan Salib dan peperangan yang lain yang kebanyakkannya berlaku pada bulan Ramadhan.

Ramadhan Bukan Pelemah Semangat

Justeru, telusurilah sejarah Islam yang ikhlas menceritakan pelbagai kemanisan dan kemegahan Islam suatu ketika dahulu. Bahkan lenyapkanlah paradigma kolot bahawa Ramadhan bulan penyekat kemajuan dan kecergasan umat Islam. Sama-sama kita berusaha untuk mencipta kegemilangan Islam yang tersendiri.

Firman Allah S.W.T, surah Ali Imran ayat 40;


وَتِلْكَ الاٌّيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَآءَ وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّـلِمِينَ

And so are the days, that We give to men by turns, that Allah may know (test) those who believe, and that He may take martyrs from among you. And Allah likes not the wrongdoers


Semoga kebangkitan umat yang menelusuri Sistem Khilafah mengikut Manhaj Nabawiyyah akan kembali bangun dan menyinari seluruh pelusuk alam ini. Oh Ramadhan, kau memotivasikan kami.

Rujukan ;

1. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhaily, Dar Al-Fikr.

Ibnu Abdullah,
Dar Al-Musta'mal, Al-Karak,
The Heshimite Kingdom Of Jordan.

1 comment:

Achilles Monoloules said...

Saudara,,pada hari ini,,agama islam khususnya menjadi mangsa realpolitik dan dagangan kapitalis...Kita biasa dan asyik melabon tentang kehebatan islam zaman silam..kita juga heboh bila mat-mat salleh memeluk agama kita,,,saudara,tapi hakikatnya kita nothing,,kita tidak sehebat seperti hebatnya ajaran suci kita..Soalnya,,apa bedanya kita dan umat silam?apakah kita menerima ajaran yang berbeza banding umat silam dahulu?Mengapa tahap kita bergitu jauh sekali dengan mereka?

-Rindu pijani-

Post a Comment