Wednesday, November 17, 2010

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Terima kasih buat Amir Munshi, sahabat yang saya kasihi. Setelah sekian lama saya selalu mendengarkan nama Fathi Yakan dan karyanya Apa Ertinya Saya Menganut Islam, tapi melalui wasilah Amir, tiba-tiba hati saya tergerak untuk meghayati tulisan beliau.

Betapa berbunga-bunganya hati, memahami setiap bait kata-kata Al-marhum. Setiap pedoman penyuluh jalan. Tidak rugi anda membacanya. Dan bagi saya, seharusnya untuk setiap usrah menjadikannya silibus yang perlu ada selain menggunakan silibus-silibus yang lain.

Terlalu dalam perbahasan yang Al-Marhum datangkan. Dengan setiap isi penting yang benar-benar mengisi kefahaman jiwa. Lantas antara isi penting yang menarik minat saya adalah di mana Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan menitikberatkan perihal memahami perbezaan manhaj, sehingga tidak timbul perbalahan di antara umat. Bagi saya, apakah permasalahan manhaj terlalu besar untuk kita timbulkan sebagai topik perbincangan. Memang tidak ada salahnya, akan tetapi, sekiranya perbezaan manhaj yang dizahirkan kita menjadikan kita berbalah, membuat manusia sekeliling melarikan diri dari kita, apakah ada untungnya?

Buku ini akan sentiasa membuatkan kita berfikir dan berfikir dalam menganalisis diri kita yang sebenarnya di samping mentarbiyyah. Tidak perlu meletakkan aras terlalu tinggi, cukuplah sekadar kita perlahan-lahan memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu.

Selamat membaca & menghayati.
Semoga Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan mendapat sebaik-baik ganjaran disana. Al-Fatihah.

[Klik Sini] untuk membaca Apa Ertinya Saya Menganut Islam.

Bin Abdullah,
Bayt New Musta'mal,
Al-Karak, Jordan.

4 comments:

Achilles Monoloules said...

Hehehe, adakah izani menghentam saya ? hihi.

Ibnu Abdullah said...

tidak sahabat, bahkan aku menghargaimu

Syahera said...

kenapa rasa mcm blur je kalu baca buku ni?
ati ni gelap sgt agaknya nk memahami apa tah lg menghayati..astaghfirullah

Ibnu Abdullah said...

kak. kau kena memahami dengan isi hati terdalam sekali. baca 2-3 kali. insya Allah faham :)

Post a Comment